Sabah Kembali Catat Angka Lebih 2,000, Sebanyak 2,015 Kes Baharu COVID-19 Hari...

Sabah Kembali Catat Angka Lebih 2,000, Sebanyak 2,015 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian positif COVID-19 bagi Sabah meningkat 231 kes dari semalam dan kembali melepasi paras angka 2,000.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes bagi hari ini (15 Sept) adalah 2,015 KES.

Katanya secara keseluruhan kebanyakkan daerah mencatat peningkatan terutamanya di Papar, Kota Marudu dan Kinabatangan pada angka puluhan.

Satu kluster baharu turut dikesan iaitu Kluster Sungai Bendera di Kinabatangan dengan 72 kes aktif setakat ini.

Beliau berkata 27 daripada kes hari ini melibatkan tahanan ataupun banduan manakala sekitar 202 kes melibatkan individu bukan warganegara.

“Sejumlah 1,040 kes merupakan kes daftar lewat di antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari…

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 1,118 kes atau 55.48 peratus dari keseluruhan kes,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata golongan pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 dengan 1,220 kes manakala sembilan (9) kes berada dalam Kategori 5.

“Sebanyak 107 kes lagi masih dalam siasatan,” kata Masidi.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (15 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 310 (328)
Papar – 232 (155)
Sandakan – 158 (173)
Tuaran – 128 (155)
Lahad Datu – 108 (103)
Penampang – 108 (121)
Kota Marudu – 106 (42)
Kota Belud – 96 (89)
Kinabatangan – 84 (47)
Tawau – 84 (100)
Keningau – 79 (69)
Putatan – 68 (45)
Tenom – 64 (29)
Pitas – 52 (47)
Beluran – 51 (47)
Ranau – 44 (40)
Kalabakan – 44 (8 )
Kudat – 43 (46)
Kunak – 32 (35)
Tongod – 31 (5)
Nabawan – 28 (21)
Telupid – 27 (30)
Beaufort – 16 (28)
Sipitang – 10 (2)
Semporna – 8 (13)
Tambunan – 2 (5)
Kuala Penyu – 2 (1)