KOTA KINABALU, SABAH – Sabah kembali mencatatkan peningkatan sebanyak 71 kes COVID-19 setelah beberapa hari mencatatkan penurunan.
Jumlah kes yang direkodkan pada hari ini ialah 237 KES.
Jurucakap perkembangan hal berkait COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kumpulan ‘empat serangkai’ masih menjadi antara daerah yang mendominasi kes tertinggi di Negeri Sabah.
“Sebanyak 14 daerah mencatatkan kes satu (1) angka sahaja dan empat (4) daerah lagi mencatatkan sifar kes…
“Pada hari ini, hanya lima (5) daerah mencatatkan penurunan kes baharu dan 18 daerah lain mencatatkan peningkatan.
“Tetapi hanya Kota Belud yang menunjukkan peningkatan ketara dengan dua (2) angka, yakni 17 kes lebih tinggi berbanding semalam,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Seramai 228 pesakit atau 96 peratus (96.2%) daripada jumlah kes hari ini berada dalam Kategori 1 dam 2.
Tiga (3) orang dalam Kategori 3, dua (2) orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5. Kes yang melibatkan tiga (3) pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (18 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 41 (19)
Tuaran – 23 (27)
Ranau -22 (14)
Papar – 19 (18)
Penampang – 19 (13)
Kota Belud – 19 (2)
Putatan – 15 (11)
Keningau – 12 (3)
Tenom – 11 (9)
Sandakan – 9 (4)
Tawau – 9 (3)
Kudat – 7 (1)
Tambunan – 6 (4)
Beaufort – 6 (7)
Kuala Penyu – 4 (2)
Kota Marudu – 4 (0)
Tongod – 3 (0)
Nabawan – 2 (0)
Sipitang – 2 (1)
Beluran – 1 (0)
Lahad Datu – 1 (2)
Kinabatangan – 1 (0)
Pitas – 1 (1)
Semporna – 0 (2)
Telupid – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Kalabakan – 0 (1)





