Seramai 250 Orang Sertai ‘Purple Ride’ Bersama Toh Puan Hajah Norlidah

Seramai 250 Orang Sertai ‘Purple Ride’ Bersama Toh Puan Hajah Norlidah

0
SHARE
Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R M Jasni (tengah) mengetuai Purple Ride pada garisan permulaan di Maktab Sabah pada hari ini, Sabtu (18 Dis)...

KOTA KINABALU, SABAH – Kira-kira seramai 250 orang mengambil bahagian dalam ‘Purple Ride’ bersama Toh Puan Hajah Norlidah Datuk R M Jasni hari ini.

Acara berbasikal sejauh 12.5km anjuran Puspanita Sabah itu bermula dari Maktab Sabah ke Tanjung Aru dan tamat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Rombongan yang diketuai Toh Puan turut disertai isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag dan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Yang Dipertua Puspanita Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Dr Hajah Nuinda Alias.