Remaja Lelaki Hilang Sejak 5 November, Polis Minta Bantuan Orang Ramai

Remaja Lelaki Hilang Sejak 5 November, Polis Minta Bantuan Orang Ramai

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 5 November lalu.

Mangsa, Alvaro Guterrraz, 14, dari Kampung Kapa, Jalan Sinulihan, Inanam, dilaporkan keluar dari rumah sekitar jam 8 pagi pada hari kejadian tanpa pengetahuan ahli keluarga dan tidak pulang sehingga kini.

Menurut kenyataan polis, remaja berkenaan mempunyai tubuh kurus dan tinggi, berkulit gelap, bermata coklat, serta memiliki kening dan bibir tebal. Beliau juga berambut pendek berwarna hitam.

Kali terakhir dilihat, Alvaro memakai T-shirt kelabu bergaris biru di bahagian lengan dengan tulisan Adidas, berseluar pendek dan tidak memakai selipar.

Usaha pencarian telah dilakukan oleh keluarga di sekitar kampung serta melalui rakan-rakan mangsa, namun setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terserempak dengan remaja berkenaan diminta menghubungi Insp Luzee Irine Stephen di talian 014-786 9365, IPD Kota Kinabalu (088-529 222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis merakamkan penghargaan terhadap kerjasama masyarakat dalam membantu mengesan mangsa.