UMNO BERKERAS LAKSANA JKDM DI SABAH WALAUPUN BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG

UMNO BERKERAS LAKSANA JKDM DI SABAH WALAUPUN BERTENTANGAN DENGAN UNDANG-UNDANG

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – UMNO dijangka akan terus melaksanakan JKDM (Jawatankuasa Komuniti Kemajuan Desa Madani) di Sabah walaupun mendapat bantahan keras dari rakyat Sabah termasuklah komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Menurut sumber yang diterima, UMNO tetap berdegil melaksanakan JKDM dan tidak bercadang untuk menarik balik perlantikan hampir seribu orang pengerusi dan setiausaha yang telah diberikan kepada pemimpin dan ahli-ahli UMNO dan WARISAN di beberapa DUN di Sabah walaupun ianya jelas bertentangan dengan peraturan dan undang-undang di Sabah.

Wakil serpihan kumpulan ahli UMNO Sabah yang menentang penyatuan UMNO dan Warisan yang mana enggan namanya disiarkan dalam satu kenyataan menyatakan bahawa rakyat Sabah berada dalam keadaan amat bahaya sekiranya UMNO dan Warisan diberikan mandat memerintah negeri Sabah.

“Bukti kedegilan UMNO melaksanakan JKDM walaupun bertentangan dengan undang-undang secara jelas menunjukkan sekiranya kedua-dua parti ini diberikan peluang memerintah Sabah, kekhuatiran hak dan keistimewaan Sabah tidak akan diperjuangkan lagi malah mungkin akan tergadai”.

“Gagasan UMNO, WARISAN dam KDM sangat terdesak merampas negeri Sabah sebab itu JKDM digunakan kononnya sebagai senjata bagi menarik sokongan rakyat akar umbi,” jelas ahli UMNO itu lagi.

VIDEO yang pernah tular sebelum ini menunjukkan personaliti Bung Moktar yang dikenali sebagai pemimpin agak kasar atau Shafie Apdal yang mana bakal menjadi Ketua Menteri Sabah sekiranya Gagasan UMNO, Warisan dan KDM memerintah Sabah selepas PRN-17…

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan telah menyerahkan watikah pelantikan JKDM kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.

Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Sumber Foto: Gambar carian Google)

Susulan penubuhan JKDM tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh Datuk Zulkarnain Mahdar melalui Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) ke atas Polis ke atas Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zulkarnain
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar…

Pakatan Harapan (PH) Sabah turut berpendirian tegas Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) tidak wajar diperkenalkan sekali gus dilaksanakan di negeri ini.

Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menjelaskan pandangannya juga tidak bersetuju dengan penubuhan JKDM di Sabah.

Ewon
Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick (Sumber Foto: Ihsan UPKO)

Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan turut menyatakan Sabah tidak akan melaksanakan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) kerana kerajaan negeri sudah mempunyai inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, justeru ia tidak mahu satu lagi inisiatif yang akan mengelirukan serta memecahbelahkan rakyat.

Jeffrey
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan…

Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai dalam satu kenyataan pula berkata JKDM menjejaskan peranan JKKK sedia ada yang beroperasi di bawah bidang kuasa negeri.

Joniston
Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai (Sumber Foto: Gambar Google)

Peguam Kanan, Ansari Abdullah dalam satu kenyataan turut menyatakan selepas pembentukan Malaysia dibuat, rakyat Sabah kemudiannya telah mengemukakan “20 Perkara” sebagai langkah perlindungan dimana kawalan ke atas kawasan kritikal seperti tanah, perhutanan, dan kerajaan tempatan dikekalkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

Perlindungan ini dimasukkan ke dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Senarai II (Senarai Negeri) perkara  4 dan Senarai IIA (Tambahan kepada Senarai Negeri untuk Negeri Sabah dan Sarawak) perkara 14.

Tambahnya pada masa kini, pentadbiran luar bandar termasuklah pelantikan ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), berada di bawah kawalan Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Dalam erti kata lain, ia di bawah kawalan dan arahan Kerajaan Negeri Sabah, bukan Kerajaan Persekutuan.

Dijangka seramai 2,400 pengerusi dan setiausaha JKDM akan dilantik membabitkan 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah.