Avanza Dihempap Pokok Dekat Tang Dynasty Sembulan, DBKK ‘Jaga’ 18,756 Batang

Avanza Dihempap Pokok Dekat Tang Dynasty Sembulan, DBKK ‘Jaga’ 18,756 Batang

0
SHARE
Jbpm
Remuk bahagian belakang Avanza yang dihempap pokok ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Sebuah kereta jenis Toyota Avanza rosak pada bahagian belakang angkara pokok yang tumbang berhampiran Tang Dynasty Park di Jalan Belia semalam.

Seramai lapan anggota pasukan Balai Bomba Kota Kinabalu bertindak kepada panggilan 10.13 malam itu.

“Pasukan bomba bertindak memotong dahan pokok tumbang menggunakan gergaji berantai dan mengalihkannya ke kawasan selamat.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain di lokasi,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Terdahulu, pada hari yang sama, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam sebuah kenyataan berkata akan mengambil tindakanserius dalam meningkatkan tahap pengurusan pokok-pokok matang di sekitarbandar raya Kota Kinabalu.

Katanya ianya berikutan cuaca hujan lebat dan angin kencang yang melanda kota baru-baru ini.

“DBKK melalui Jabatan Landskap akan menggandakan tindakan pemeriksaan kesihatan pokok dan penyelenggaraan pokok secara menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 18,756 pokok matang atau pokok yang berusia berada di bawah seliaan DBKK dan telah merangka Pelan Pengurusan Pokok Matang yang komprehensif.

“DBKK akan sentiasa meneruskan usaha dalam memelihara kelestarian alamsekitar dan meningkatkan tahap keselamatan warga bandar raya Kota Kinabalu,” katanya.