KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) mendakwa seorang lelaki dari penempatan setinggan di Sepanggar atas tiga pertuduhan berkaitan kecurian dan pembekalan elektrik tanpa lesen sah di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024.
Tertuduh didakwa membekalkan elektrik ke beberapa premis tanpa lesen, mencuri elektrik serta membuat pendawaian tanpa kebenaran Sabah Electricity. Jika sabit kesalahan, hukuman boleh mencecah penjara 10 tahun dan denda sehingga RM1 juta.
Tertuduh tidak mengaku bersalah dan jaminan RM15,000 ditetapkan bersama dua penjamin tempatan. Namun dia direman kerana gagal membayar jaminan. Sebutan semula kes pada 22 Januari 2026.
CEO ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, kes ini pertama kali melibatkan kecurian elektrik di penempatan setinggan yang dibawa ke Mahkamah, sambil menegaskan isu tersebut menjejaskan keselamatan serta bekalan kepada pengguna berdaftar.






