Program Advokasi Pengguna ‘Screen Shopping’ Pada 13 Ogos Ini

Program Advokasi Pengguna ‘Screen Shopping’ Pada 13 Ogos Ini

0
SHARE
Ketua Cawangan KPDNHEP Tuaran, Saripuddin Moleng...

KOTA KINABALU, SABAH – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah cawangan Tuaran akan mengadakan advokasi pengguna secara dalam talian pada 13 Ogos (Jumaat) ini.

Program berkenaan menumpukan terhadap urusniaga pembelian barang melalui dalam talian yang semakin mendapat sambuatan dikalangan masyarakat atau pengguna.

Ketua Cawangan KPDNHEP Tuaran, Saripuddin Moleng berkata program tersebut menyasarkan penyertaan Persatuan Pengguna Bijak Pantai Sabah (PPBPS) seramai 50 hingga 100 ahli.

“Program ini juga diharapkan akan memberikan panduan dan tatacara yang patut diketahui oleh para pengguna…

“Penasihat PPBPS, Datuk Amisah Yassin yang juga ADUN dilantik dan Presidennya David Chan dijangka akan menurut serta,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, penceramah dan pengendali program adalah Victor Sabin iaitu Penasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPKK) Kota Kinabalu/

“Pihak KPDNHEP akan menyediakan hadiah berjumlah RM250 kepada lima (5) orang peserta yang bertuah melalui kuiz yang akan dijalankan,” katanya.

Program Advokasi Pengguna itu akan diadakan pada jam 9.30 pagi.