KOMANDO CINA BUKTIKAN MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHNYA

KOMANDO CINA BUKTIKAN MALAYSIA TANAH TUMPAH DARAHNYA

0
SHARE
Tangkap layar (screenshot) daripada video tular daripada Berita Tentera Darat Malaysia hari ini berkenaan kisah seorang Komando berbangsa Cina...

KUALA LUMPUR -Lt M Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi satu-satunya penuntut berbangsa Cina yang berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu untuk bergelar seorang ‘Komando’.

Setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan, lelaki berusia 25 tahun dari Setapak itu mendapat penghormatan netizen kerana menjadi minoriti yang sanggup bertarung demi menjaga kedaulatan negara.

Dalam video dikongsikan Berita Tentera Darat Malaysia hari ini, majlis penganugerahan disempurnakan Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Adi Ridzwan Abdullah.

Apabila ditanya Adi apa yang membuatnya menjadi seorang askar, Chan berkata ianya minat.

Chan merupakan seorang pemegang ijazah sarajana muda dalam jurusan perakaunan dari UTAR.

“Buat apa sertai (askar)?,” tanya Adi.

“Saya mahu berkhidmat untuk negara saya, Panglima,” jawab Chan.

“Sudah lama tiada bangsa cina yang lulus latihan komando khususnya pegawai. Ibu bapa kamu di sini?,” tanya Adi sambil memakaikan beret hijau dan pisau komando.

“Ya Panglima,” jawab Chan sambil diucapkan tahniah. Chan dalam temu duga susulan menjelaskan bahawa beliau dahulu berkhidmat dibawah Rejimen 515 Askar Wataniah.

“Saya sebelum ini tiada pengetahuan tentang komando. Apabila mula berkhidmat sebagai askar wataniah, di situlah saya berpijak dalam dunia ketenteraan dan menimba ilmu…

“Saya diperkenalkan erti komando…untuk menjadi komando memang mencabar dan saya mahu buktikan bahawa saya pun boleh jadi seorang komando.

“Saya akan teruksan berkhidmat untuk menambah penetahuan dengan kursus kepakaran dan terus menjadi seorang komando yang berkualiti dan akan sentiasa menjaga nama baik itu sehingga akhir hayat,” katanya.

Video 2 minit itu mendapat lebih 42,000 sukaan dan lebih 3,000 komen hanya 7 jam selepas di muat naik.