DBKK Beri 3 Hari Bersihkan Bahan Kempen

DBKK Beri 3 Hari Bersihkan Bahan Kempen

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi tempoh tiga hari kepada semua parti politik untuk membersihkan bahan kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 di seluruh kawasan bandar raya.

DBKK mengingatkan bahawa semua bahan seperti bendera, poster, kain rentang, gegantung serta struktur sokongan termasuk kayu, besi dan tiang PVC perlu ditanggalkan sepenuhnya. 

Notis itu turut menyatakan bahawa deposit bahan kempen hanya akan dipulangkan selepas kawasan dibersihkan dan disahkan bebas daripada sisa pemasangan.

Dalam pada itu, tinjauan di beberapa lokasi mendapati orang ramai dilihat mengutip tiang kayu dan paip PVC yang ditinggalkan, dipercayai untuk kegunaan semula.

“DBKK menegaskan bahawa tindakan pembersihan ini penting bagi menjaga kebersihan, keselamatan dan imej Bandaraya Kota Kinabalu pasca pilihan raya,” katanya.