Dua Juruterbang Tertidur, Pesawat Mendarat Lewat 25 Minit

Dua Juruterbang Tertidur, Pesawat Mendarat Lewat 25 Minit

0
SHARE

ADDIS ABABA Dalam insiden menggerunkan, DUA (2) juruterbang dari syarikat Penerbangan Ethiopia dilaporkan tertidur semasa penerbangan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Mereka tertidur semasa terbang pada ketinggian 37,000 kaki menyebabkan pesawat itu terlepas pendaratan di landasan yang ditetapkan.

Kawalan Trafik Udara (ATC) cuba menghubungi dua juruterbang itu beberapa kali tetapi tidak mendapat jawapan.

Mereka terbangun kira-kira 25 minit kemudian, namun terlepas masa yang ditetapkan untuk mendarat.

Biasanya pesawat itu di awal autopilot bagi mengekalkan penerbangan di udara sementara juruterbang tidur seketika.

Dalam pada itu, seorang penganalisis penerbangan, Alex Macheras dalam ciapannya di Twitter menyalahkan keletihan penerbangan atau “jet lag” untuk insiden itu dan berpendapat insiden itu membimbangkan.

Tangkap layar (screenshot) daripada Twitter millik Alex Macheras…