SAGA X : Tuan Rumah Pertahan Emas Bola Keranjang

SAGA X : Tuan Rumah Pertahan Emas Bola Keranjang

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tuan rumah Sukan Sabah (SAGA) Edisi ke-10, Kota Kinabalu berjaya mempertahankan emas apabila muncul juara bagi acara bola keranjang.

Bagi kategori lelaki, pasukan Kota Kinabalu menewaskan Kinabatangan dengan pungutan mata 84-70 manakala Putatan meraih pingat gangsa.

Sementara itu, pungutan mata 72-42 melayakkan Kota Kinabalu memenangi pingat emas bagi kategori wanita, disusuli Lahad Datu dan Penampang masing-masing pingat perak dan gangsa.

Ketua Jurulatih Pasukan Kota Kinabalu, Helbert Legada berkata, meskipun dengan latihan yang agak terhad, namun bakat semulajadi atlet membolehkan mereka meraih pingat emas dalam acara berkenaan.

“Disiplin, komitmen, kemampuan mengawal emosi dan kerjasama adalah kunci kemenangan kami pada hari ini.

“Saya berharap agar ada di antara mereka yang akan terpilih untuk menyertai temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak pada tahun hadapan,” ujarnya ketika ditemui media selepas perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, pada Khamis.

Beliau yang pernah mewakili negara dalam acara bola keranjang bagi tahun 1995/1998 berpesan kepada atlet agar terus berlatih dengan gigih dan berusaha untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Keranjang Sabah, Ho Shin Yung. — JABATAN PENERANGAN SABAH