10 Emas Hari Terakhir Tinju Saga X

10 Emas Hari Terakhir Tinju Saga X

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Acara tinju Sukan Sabah (SAGA) Edisi Ke-10 Tahun 2023 menutup tirai dengan 10 pingat emas, pada Khamis.

Acara yang mempertandingkan 10 kategori itu menyaksikan dominasi beberapa daerah termasuk Kota Kinabalu, Ranau dan Keningau.

Kota Kinabalu membawa pulang tiga pingat emas melalui Hazman Iskandar Siew bagi kategori 60kg selepas menewaskan Aryan Isaac Azry Papar.

Emas kedua Kota Kinabalu diperoleh menerusi kategori 63.5kg selepas Danial Wahya menumpaskan peserta dari Tuaran, Amiernizam Faiz Zaini manakala Ahmad Afiq Sohoruddin menghadiahkan emas ketiga tuan rumah bagi kategori 75kg.

Sementara itu, kontinjen Ranau dan Keningau masing-masing pulang membawa dua pingat emas, dengan Ranau menjuarai kategori berat 51kg dan 67kg manakala Keningau dalam kategori berat 48kg dan 80kg.

Sandakan, Papar dan Tuaran pula membawa pulang satu pingat emas dengan Sandakan emas kategori berat 54kg, Papar kategori berat 71kg dan Tuaran kategori berat 57kg.

Turut hadir menyaksikan perlawanan peringkat akhir ialah Presiden Persatuan Tinju Sabah, Datuk Orlando Harumal di Dewan Serbaguna Damai, pada Khamis. — JABATAN PENERANGAN SABAH