Dua Lelaki Ditahan Bersama Syabu di Tawau

Dua Lelaki Ditahan Bersama Syabu di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Polis daerah ini telah berjaya menahan dua lelaki dan merampas syabu ketika Sekatan Jalan Raya (SJR) Snap Spotcheck di sini baru-baru ini.

Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, sepasukan polis terdiri daripada MPV BPJKK IPD Tawau telah mengesan sebuah kereta yang mencurigakan dan telah menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas pemandu dan penumpang.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis telah menemui satu plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu di dalam kereta.

“Manakala pemeriksaan badan yang dijalankan ke atas penumpang, polis telah menemui sekotak rokok yang di dalamnya mengandungi satu plastik lutsinar mengandungi bahan yang sama.

“Anggaran berat barang yang ditemui adalah lebih kurang 1.46 gram dan 0.15gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia anggaran 30an dan 50an bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.