KUDAT, SABAH – Kedua-dua mangsa yang dikhuatiri hanyut dibawa arus ketika memasang pukat di pesisir Pantai Pirate Point, Kampung Parapat Laut, di sini, pada petang khamis, telah ditemui maut.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau mengesahkan penemuan kedua-dua mayat mangsa berikutan penemuan Aewaeindar Fedelex Olliong, 20, jam 8 pagi tadi.
Mangsa Maclin bin Majaun, 29 tahun, terdahulu ditemui sekitar jam 6 petang semalam.
“Kedua-dua mangsa yang ditemui maut disahkan oleh ahli keluarga…
“Operasi cari dan menyelamat (CARILAMAT) hari ketiga meliputi keluasan pencarian 78 batu nautika persegi,” kata Boon dalam sebuah kenyataan.
Menurutnya, dua bot Maritim Malaysia diatur gerak bagi melaksanakan pencarian dan turut dibantu aset daripada agensi sahabat iaitu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA) serta Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM).
“Dengan penemuan kedua-dua mangsa ini, Maritim Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi sahabat serta komuniti maritim yang terlibat sepanjang operasi,” tambahnya