KINABATANGAN – Dua penunggang motosikal maut di Jalan Kertam Lot M, malam semalam, selepas terbabas di bahu jalan dipercayai akibat pertembungan sesama sendiri.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kedua-dua mangsa terbabit merupakan individu bukan warganegara. Walau bagaimanapun, maklumat lain tidak diperolehi dalam kejadian 10 malam itu.
“Kemalangan melibatkan motosikal jenis Yamaha LC dan Yamaha 125Z. Dua orang mangsa terlibat mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi agar memastikan tiada bahaya lain manakala operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah malam.
Katanya seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Kinabatangan telah bertindak ke lokasi kira-kira 13 kilometer (KM) daripada balai.