TENOM, SABAH – Pasukan bomba daerah ini memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk dua mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka karam di Sungai Padas berhampiran Kampung Kalandos Pangi,sini, petang tadi.
Pegawai Operasi, PBK II Wilfred Sulai berkata, sebelum kejadian, terdapat empat (4) orang mangsa yang menaiki bot terbabit.
“Mereka baru sahaja selesai dari membeli barangan keperluan di Pekan Tenom dan sedang dalam perjalanan untuk balik ke rumah…
“Tiba-tiba bot mereka terbalik kerana arus sungai yang deras.
“Dua (2) orang mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri.
“Manakala mangsa yang hilang adalah seorang lelaki berumur 50 tahun dan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun,” katanya.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.13 petang.