
PENAMPANG, SABAH – Bantuan 130 buah tong gas dan unit dapur memasak diberikan oleh Kerajaan Negeri ini kepada keluarga terjejas banjir lumpur di Kampung Sugud petang tadi.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata bantuan berkenaan adalah antara senarai keperluan mendesak yang dikenal pasti penduduk kampung.
Ianya diagih dalam lawatan lanjutan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haj Hajiji Haji Noor pada petang kelmarin selepas bencana alam tersebut melanda Rabu lepas.
“Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am telah berusuaha untuk mendapatkan tong gas dan dapur masak supaya penduduk dapat memulakan semula aktiviti memasak di kediaman masaing-masing…
“Saya berharap pemberian ini dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung,” katanya.
Shahelmey berkata sebelum lawatan tersebut, Menteri Tugas-Tugas Khas Persekutuan Datuk Dr Haji Abdul Latiff Ahmad juga telah ke lokasi.