KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah diminta lebih berdisiplin untuk mematuhi SOP (Standard Operating Procedure) susulan jangkitan Covid-19 mencanak naik sehingga 712 KES hari ini (Sabtu).
Rakyat Sabah sebelum ini dipuji amat berdisiplin di dalam mematuhi SOP sehingga menunjukkan trend penurunan kes harian dengan angka 200 hingga 300 jangkitan kes COVID-19 baharu di seluruh daerah di Sabah.
Malangnya kes jangkitan terkini dilihat menggambarkan seolah-olah rakyat Sabah cuba mengambil sikap sambil lewa selepas Kerajaan Negeri Sabah melonggarkan dengan membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Lebih separuh iaitu 383 kes (53.8%) penyumbang utama jumlah kes hari ini adalah dari saringan kontak rapat, diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 112 kes (15.7%) dan sarıngan bersasar 88 kes (12.4%).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini turut mengingatkan agar konsep 3W perlu selalui dipatuhi merangkumi kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
Katanya, peringatan itu termasuk elak bersalaman dan bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, dapatkan rawatan segera jika bergejala, duduk di rumah serta elakkan amalan kunjung-mengunjung.
“Elakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation)…
“Selain itu, ingatlah kepada S.O.P. S ialah syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKP). O pula orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi.
“Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan. P pula penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya satu meter,” katanya lagi.
Berikut adalah ringkasan statistik angka kes harian positif COVID-19 di negeri Sabah pada hari ini (24 Julai 2021);
Jumlah Keseluruhan Kes Sabah; 712 KES
Pecahan kes harian positif COVID-19 di seluruh daerah di Sabah;
Kota Kinabalu – 161
Sandakan – 98
Beaufort – 72
Penampang – 65
Tawau – 33
Keningau – 32
Kalabakan – 29
Tuaran – 28
Sipitang – 26
Kudat – 22
Putatan – 21
Kuala Penyu – 17
Ranau – 16
Lahad Datu – 15
Papar – 15
Kota Belud – 14
Kunak – 11
Tenom – 8
Tongod – 7
Kinabatangan – 5
Semporna – 4
Beluran – 4
Pitas – 4
Kota Marudu – 2
Telupid – 1
Nabawan – 1
Tambunan – 1
Kluster Baru
1. Nosoob Baru ,
Penampang 17 (+1)
2. Jalan Mat Salleh,
(Kota Kinabalu, Papar,
Putatan, Penampang ,
Ranau ) 42 (+10)