Pemilik Studio Muzik Tempatan Harap Kerajaan Negeri Beri Kelonggaran SOP

Pemilik Studio Muzik Tempatan Harap Kerajaan Negeri Beri Kelonggaran SOP

0
SHARE
Jiji bermain trombon untuk Donatello...

KOTA KINABALU, SABAH – Pemilik studio muzik tempatan berharap kelonggaran SOP diberikan demi menyambung mata pencarian.

“Sengsara sebab ini periuk nasi saya dan kehidupan bergantung sepenuhnya dengan perniagaan ini,” kata pemilik Apple Studio di Penampang.

Don dan pemilik KKMP Studio di Tanjung Aru, Rojan, senasib kekal menanggung sewa kedai tanpa bunyi kemasukan pendapatan disumbangi bakat tempatan.

“Dalam studio ada penjarakan lebih 1 meter dan semua ‘jammers’ mesti pakai pelitup muka,” kata Rojan.

Rojan dalam Guteaters…

“Bukan tiada orang mau jamming, minggu lalu bertubi-tubi orang mau jamming tapi masih tidak boleh (jamming) sampai sekarang…

“Saya perlu menjaga isi rumah, lain lagi sewa kedai. Ini semua bergantung dengan budi bicara kami dengan penyewa agar harap dapat menunggak bayaran,” kata Don lagi.

Don dalam The Ariez…

Beliau telah bertanya kepada beberapa agensi dan jabatan termasuk Pejabat Daerah Penampang namun diberi jawapan yang sama.

Over Big Arts Studio di Beverly Hills pula terpaksa menggulung tikar buat sementara waktu ekoran tekanan ini.

“Penyewa membenarkan kami untuk terus kekal namun ini bukan sesuatu yang pasti,” kata Jiji.

Beliau merupakan salah seorang rakan kongsi studio tersebut yang kini sudah pulang ke Ranau.

Jiji berkata semunya telah beralih kepada ‘online’ termasuk kelas muzik.

Rojan sementara itu bersetuju dengan kaedah persembahan secara ‘online streaming’.

Namun mereka berdua tetap percaya bahawa semangat sesebuah persembahan sebetulnya datang dari penonton secara langsung.

Ketiga mereka sebelum ini turut dibantu Lembaga Kebudayaan Sabah sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama.

“Habis untuk beli lampin bayi dan susu,” Rojan berjenaka.

“Sehingga kita semua divaksin orang ramai tidak boleh berkumpul macam dulu,” tambah beliau.