
QUZHOU, CHINA – Seorang influencer maut ketika membuat siaran langsung (live) apabila terjatuh daripada ketinggian 48 meter (m) menara kren.
Menurut sumber tempatan, mangsa bernama Xiao Qiumei, 23, jatuh ke tanah sambil memegang erat telefon bimbitnya.
Xiao seorang pengendali kren mempunyai lebih daripada 100 ribu pengikut di media sosial dan dia sering berkongsi kehidupan sehariannya dan kawan sekerja di tempat kerja.
Menurut laporan dari media tempatan juga memaklum, Xiao yang juga merupakan ibu kepada dua anak kecil jatuh daripada menara kren lebih kurang jam 5.40 petang hari Selasa yang mana ketika itu sebahagian besar rakan sekerjanya telah meninggalkan lokasi.
Video yang tular itu, yang telah tersebar secara meluas dalam talian (online) yang jelas menunjukkan rakaman yang diambil Xiao ketika dia jatuh apabila gambar daripada paparan telefon bimbitnya bergoyang seperti Xiao sedang jatuh dan juga terdengar jeritan.
Walaupun begitu, keluarga Xiao menafikan bahawa dia telah merakamkan ketika dia turun daripada menara kren tersebut.
Keluarga itu menambah bahawa anak perempuannya adalah seorang profesional di tempat kerja dan selalu menyimpan telefon bimbitnya ke dalam begnya semasa bekerja. Keluarga tersebut mengesahkan bahawa Xiao jatuh dan mati ketika bekerja iaitu semasa dia mengendalikan kren.
Jelas keluarganya lagi, Xiao hanya terlepas langkah ketika menuruni tangga menara kren dan meyebabkan dia jatuh.