Persatuan Menembak Sabah Hantar Empat Wakil Ke Piala Ketua Polis Negara

Persatuan Menembak Sabah Hantar Empat Wakil Ke Piala Ketua Polis Negara

0
SHARE
Ssa
Sesi penyerahan bendera persatuan oleh Goh ( Sumber Foto: Ihsan SSA )

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Menembak Negeri Sabah (SSA) menghantar empat wakil menyertai Kejohanan Menembak Terbuka Konfederasi Latihan Menembak Antarabangsa (IPSC) Piala Ketua Polis Negara anjuran Polis Diraja Malaysia tahun 2024 di Lapang Sasar Kelab Menembak Shapadu, Presint 20, Putrajaya.

Kejohanan yang akan berlangsung selama lima hari bermula Rabu itu akan diketuai oleh Jeson Yong, Carlson Cassey Alipin, Isagani Campo Jr, dan Vincent Yong Tet Eam.

Majlis penyerahan bendera persatuan telah disempurnakan oleh Presiden SSA, Tan Sri Goh Tian Chuan di pejabatnya di Luyang petang Ahad.