Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Semakan Kehakiman 33 ADUN Sabah

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Semakan Kehakiman 33 ADUN Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini telah menolak permohonan semakan kehakiman oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mencabar keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan berkenaan selepas sesi prosiding peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili 33 ADUN yang mengemuka permohonan semakan terbabit dan hujah Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh di Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan Rayuan, di sini, pagi tadi.

Shim sebelum ini pada 17 Ogos lalu menetapkan hari ini (Jumaat) bagi membuat keputusan selepas isu berkenaan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai untuk dibawa ke mahkamah pada 7 Ogos oleh Tengku Fuad di mana semua ADUN terbabit memohon semakan kehakiman kesahan pembubaran tersebut.

Juhar Mahiruddin dinamakan sebagai RESPONDEN PERTAMA, Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal sebagai RESPONDEN KEDUA, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang RESPONDEN KETIGA, manakala Kerajaan Sabah sebagai yang RESPONDEN KEEMPAT.

Pada masa yang sama, Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh ketika ditemui pemberita memaklumkan bahawa mahkamah telah menetapkan keputusan Yang DiPertua Negeri (TYT) Tun Juhar Mahiruddin menggunakan kuasa budi bicara dan tidak boleh dicabar.

“Mahkamah telah menolak kes cabaran terhadap responden, tiada permohonan semakan semula kerana mahkamah mendapati keputusan TYT tidak boleh diadili.

“Mahkamah mengambil tindakan berhati-hati untuk membuat sebarang keputusan dan keputusan itu tidak melanggar perlembagaan negeri dan cabaran pembubaran itu tidak terpakai di mahkamah,” katanya.