Proton Saga LMST Musnah Dijilat Api Dalam Kebakaran di Kota Marudu

Proton Saga LMST Musnah Dijilat Api Dalam Kebakaran di Kota Marudu

0
SHARE

KOTA MARUDU: Sebuah kereta jenis Proton Saga LMST musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Lutong 2 di sini, kelmarin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Marcelius Junus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.16 petang. 

Susulan itu katanya, seramai 7 anggota bomba dari BBP Kota Marudu telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 6 kilometer dan tiba pada jam 4.25 petang.

“Lapor kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga LMST terbakar 100 peratus. 

“Pasukan Bomba yang tiba di lokasi kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran Hose reel dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.43 petang.