HAYDEN HAIKAL DARI MALAYSIA MEMENANGI PERLUMBAAN GT4 DALAM KEJOHANAN SIRI SUPER THAILAND...

HAYDEN HAIKAL DARI MALAYSIA MEMENANGI PERLUMBAAN GT4 DALAM KEJOHANAN SIRI SUPER THAILAND 2024

0
SHARE
Hayden
Hayden Haikal

KUALA LUMPUR – Hayden Haikal dari Malaysia membuktikan beliau mempunyai apa yang diperlukan dalam Kejuaraan Siri Super Thailand apabila meraih kemenangan dalam perlumbaan pertamanya menggunakan Mercedes-Benz AMG GT4.

Kemenangannya juga memberikan pasukan Malaysia, Racing Aurora, kemenangan pertama Kelas GT4 dan antarabangsa.

Pelumba berusia 19 tahun itu menamatkan perlumbaan satu jam dengan satu pusingan di sekitar Litar Antarabangsa Chang sejauh 4.554km, 26 saat di hadapan pesaing terdekatnya K. Kantadhee dalam Porsche Cayman GT4 RS Clubsport.

Setelah bertanding dan mendapat tempat ktiga dalam Kelas Super Eco 30 minit lebih awal, Hayden menyertai perlumbaan Super Series Supercar GT4 27 minit selepas permulaan, mengambil alih daripada rakan sepasukan Racing Aurora Peter Hackett pada pertukaran pemandu wajib di titik tengah.

Sehingga ketika itu, Kantadhee telah mendahului lapan saat.

Dalam satu siri acara yang berlaku semasa perhentian itu, Kantadhee AAS Motorport telah ditahan ketika mekanik berusaha untuk menanggalkan balutan ‘delaminated’ pada bonetnya.

Manakala pesaing lain, pasangan ZW Zoomies P. Prakhun dan A. Warren dalam satu lagi Porsche Cayman GT4 RS Clubsport dikenakan penalti 2 saat kerana melanggar had masa hentian pit minimum.

Tidak menyedari kejadian ini, Hayden menimbun tekanan di kepala kumpulan GT4 dengan secara perlahan mendahalui dengan hanya 8 saat untuk menamatkan perlawanan dengan baik.

“Memikul tugas berganda dengn bertanding dalam Kelas Super Eco dan GT4) dan memenangi perlumbaan pertama saya dalam GT4 satu perasaan yang luar biasa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Peter Hackett, Racing Aurora dan penaja kerana membuat semua ini terjadi.

“Saya berharap ini menjadi permulaan musim yang kukuh untuk pasukan dan saya,” kata Hayden.

Perlumbaan kedua hari ini (Ahad 5 Mei) akan menyaksikan Hayden memulakan perlumbaan sebelum diserahkan kepada Hackett, yang merupakan juara Formula 3 Australia 2001.