KUALA LUMPUR – Atlet paralimpik negara kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia dalam acara powerlifting kategori 72kg di Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi.
Kemenangan Bonnie sekaligus mencipta rekod baharu Sukan Paralimpik dengan angkatan seberat 228 kilogram (kg).
Walaupun Bonnie cuba untuk memecahkan rekod dunia dengan melakukan angkatan seberat 231 kg, tetapi dia tidak berjaya.
Terdahulu, Bonnie telah memecahkan rekod dunia dengan angkatan 230kg yang sebelumnya dipegang Roohallah Rostami dari Iran dengan angkatan 229kg semasa di Para Asia Jakarta 2018.
Keputusan itu meyaksikan dia berjaya mengatasi pencabarnya dari Mesir, Mahmoud Attia yang melakukan angkatan 191 kg untuk pingat perak dan diikuti pingat gangsa menjadi milik Mickey Yule dari Great Britain selepas melakukan angkatan seberat 182 kg.