KUALA LUMPUR – Penubuhan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat segala pendedahan bekas peguam negara Tan Sri Tommy Thomas antara ENAM (6) kemahuan UMNO.
Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataan semalam terlebih dahulu mendokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9.
“Parti akan membantu Perdana Menteri merangkap Naib Presiden 1 UMNO bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran kerajaan,” katanya.
Penubuhan semula RCI itu katanya wajar dilakukan katanya bagi menyiasat campur tangan politik Tommy dalam Institusi-institusi antara panduan.

Beliau turut menerbitkan buku autobiografi `My Story: Justice in The Wilderness’ yang apa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menanggap sebagai penulisan fitnah.
Antara panduan lain adalah menyahut titah saranan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan kerjasama dan permuafakatan rentas parti bagi bersama-sama menangani kemelut ekonomi, pandemik Covid-19 dan kesejahteraan rakyat.
“Kerajaan baharu ini hendaklah segera memfokuskan usaha untuk menangani pandemik COVID-19 dan proses vaksinasi agar mencapai imuniti kelompok yang mampu mengurangkan risiko kematian akibat serangan virus…
”Kerajaan mesti menyantuni kehendak dan tuntutan rakyat berkaitan kebajikan dan kesejahteraan mereka termasuklah penambahbaikan pakej-pakej bantuan rakyat (BPN, BPR dan BKC), moratorium tanpa faedah terakru, pengeluaran i-Citra secara one-off dengan jumlah minimum RM10,000 dan bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang terjejas teruk akibat pandemik,” katanya lagi.
Zahid turut mahukan jenama ‘Keluarga Malaysia’ dan Kerajaan dab Kerajaan Malaysia serta tidak lagi menggunakan penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Memandangkan kerajaan ini merupakan kerjasama politik longgar antara Parti Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), Parti Perikatan Nasional (PPBM, PASdan STAR), GPS dan PBS…
“Kerajaan hendaklah mempertahankan peranan dan sistem demokrasi berparlimen sebagai wahana semak dan imbang kepada kerajaan.
“UMNO mesti menjadi pelopor kepada usaha reformasi institusi dalam pelbagai cabang kerajaan.
“Ini termasuklah untuk mewujudkan Parlimen yang lebih efisien, pentadbiran telus dan bersih, pendanaan politik, Akta-Anti Lompat Parti, campur tangan politik dalam pelbagai institusi yang menjadi benteng kedaulatan undang-undang seperti Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan lain-lain,” jelasnya.