KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian di Sabah menyusut buat hari ketiga dengan -237 kes hari ini menjadikan jumlah kes baharu sebanyak 4,770 kes.
Walau bagaimanapun, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penurunan marginal itu tidak dilihat sebagai satu trend yang akan berterusan.
“Ia kerana jumlah jangkitan kes sporadik kekal tinggi (63 peratus hari ini) daripada jumlah kes keseluruhan…
“Peratusan kes jangkitan sporadik yang tinggi memudahkan penularan virus dalam komuniti dengan lebih pantas,” katanya dalam rumusan harian.
Kota Kinabalu merekodkan angka tertinggi jangkitan baharu dengan 1,198 kes manakala Tambunan mencatatkan pertambahan mendadak daripada 19 kes kelmarin kepada 105 kes hari ini.
Sejumlah 99 peratus daripada 4,770 kes hari ini hanya berada dalam Kategori 1 dan 2,
Masidi berkata lapan (8) kes dalam Kategori 3, enam (6) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5.
“Antara pesakit baharu ialah 234 kanak-kanak bawah umur 5 tahun dan 62 orang bayi bawah 1 tahun yang belum layak divaksin…
“Seramai 322 pesakit adalah kanak-kanak yang berumur antara 5 – 11 tahun sudah layak divaksin tetapi belum memperolehinya,” ujarnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 1,198 (1,265)
Penampang – 596 (719)
Papar – 433 (398)
Tuaran – 412 (466)
Tawau – 372 (355)
Putatan – 298 (167)
Kota Belud – 192 (214)
Keningau – 143 (161)
Beaufort – 127 (185)
Kota Marudu – 121 (129)
Sandakan – 118 (250)
Tambunan – 105 (19)
Lahad Datu – 103 (113)
Ranau – 76 (121)
Sipitang – 71 (50)
Tenom – 68 (60)
Kuala Penyu – 56 (52)
Tongod – 45 (19)
Telupid – 41 (31)
Beluran – 36 (61)
Kunak – 36 (26)
Nabawan – 32 (21)
Kudat – 28 (26)
Pitas – 22 (42)
Semporna – 15 (18)
Kinabatangan – 14 (17)
Kalabakan – 12 (12)