KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penunggang Grab cedera selepas motosikal yang dipandunya terbabas sendiri ke bahu jalan berhadapan Life Bridal di Jalan Lintas sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
Mohd Henderian Lahawan, 31, diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang kemudian menghantarnya ke Hospital Queen 1.
“Setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat, operasi tamat pada jam 2.27 petang,” kata jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Manakala di Semporna, seorang remaja sempat menyelamatkan diri daripada rentung dalam kenderaan Perodua Kancil yang dipandunya.

Difahamkan mangsa lelaki berumur 17 tahun dari Sakong Besar itu terbabas melanggar sebuah bangunan di Kampung Indani Jaya dalam insiden kira-kira 12.30 tengah hari.
Pasukan Bomba dipanggil itu untuk memadamkan kebakaran pada kereta terbabit namun tidak ianya sempat diselematkan.
“Kereta terbakar 100 peratus setelah operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu (1) aliran salur bantu.
“Operasi terkawal pada jam 12.40 tengah hari dan ditamatkan hampir sejam kemudian,” katanya.





