Sabah Catat 1,291 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Sabah Catat 1,291 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah dilihat kembali meningkat meskipun dalam jumlah kecil iaitu 36 kes berbanding semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, 23 daripada keseluruhan 1,291 KES hari ini melibatkan pekerja pelantar minyak (offshore).

“Sebanyak 17 daerah mencatatkan peningkatan, 9 daerah mencatatkan penurunan kes dan satu (1) daerah iaitu Putatan, kekal dengan catatan sebagaimana semalam…

“Kota Kinabalu mencatatkan penurunan sebanyak 28 kes manakala kawasan perbandaran lain merekodkan peningkatan kecuali Tuaran dan Tawau,” katanya.

Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Kota Marudu (+44) kes, Lahad Datu (+36) kes, Keningau (+32) kes, Pitas (+25) kes, Penampang (+24) kes, Nabawan (+20) kes, Papar (+19) kes, Tongod (+16) kes, Tambunan (+11) kes dan Sandakan (+10) kes.

Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Kinabatangan (-63) kes, Beluran (-55) kes, Kalabakan (-39) kes, Tuaran (-20) kes, Tawau (-17) kes dan Ranau (-14) kes.

Sebanyak 501 kes hari ini merupakan kes-kes lewat daftar antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 752 kes atau 58.2 peratus…

“Jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu 1,024 kes ataupun 79 peratus manakala lima (5) kes berada dalam Kategori 5,” jelas Masidi.

Dalam pada itu, satu kluster jenis komuniti baharu dikesan hari ini, Kluster Lungkidau, di daerah Ranau dengan 137 kes aktif.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 148 (176)
Lahad Datu – 107 (71)
Sandakan – 96 (86)
Keningau – 95 (63)
Penampang – 82 (58)
Kota Marudu – 80 (36)
Kota belud – 78 (74)
Papar – 62 (43)
Tuaran – 61 (81)
Ranau – 59 (73)
Putatan – 57 (57)
Tawau – 51 (68)
Nabawan – 42 (22)
Beluran – 40 (95)
Pitas – 40 (15)
Kudat – 31 (24)
Telupid – 22 (24)
Tambunan – 20 (9)
Tenom – 19 (17)
Tongod – 19 (3)
Kinabatangan – 18 (81)
Kunak – 17 (10)
Beaufort – 14 (6)
Semporna – 12 (5)
Sipitang – 10 (7)
Kuala Penyu – 6 (7)
Kalabakan – 5 (44)