Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Dakwa Kerjasama GRS-BN Dalam PRU15 Tidak...

Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Dakwa Kerjasama GRS-BN Dalam PRU15 Tidak Dibincangkan

0
SHARE
Edwin Laimin...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Profesor Dr Edwin Laimin mendakwa kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat BN Sabah.

Beliau meluahkan rasa kecewa Pemuda PBRS kerana sebarang mesyuarat BN bagi menentukan kerjasama itu tidak dimaklumkan oleh badan perhubungan BN Sabah.

“Mengikut Perlembagaan BN, Perkara 13, semua keputusan yang melibatkan kepentingan BN hendaklah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi BN dengan sebulat suara…

“Malangnya, isu kerjasama antara GRS dan BN dalam mendepani PRU15 tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat BN Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Edwin bagaimanapun berkata, Pemuda PBRS tidak menolak sebarang kerjasama BN dan GRS, namun semua pihak harus dilibatkan termasuk komponen itu.

“Oleh itu, Pemuda PBRS meminta agar sebarang pengumuman kerjasama dengan mana-mana pihak hendaklah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Perhubungan BN Sabah sebelum ia diumumkan.

“Kita tidak menolak sebarang kerjasama daripada BN dan GRS tetapi sekurang-kurangnya kita haruslah dilibatkan sebagai semangat setia kawan dalam BN selama ini,” katanya.