Sabah Terus Rekod Angka Tinggi Dengan 2,413 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari...

Sabah Terus Rekod Angka Tinggi Dengan 2,413 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah terus merekodkan kes harian COVID-19 yang tertinggi dengan jumlah 2,413 KES dicatatkan pada hari ini.

Angka tersebut merupakan kenaikan 310 daripada kumulatif kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata ini termasuk keputusan saringan tertunggak sebanyak 258 kes.

Daerah Kota Kinabalu mencatat 594 kes baharu iaiatu penambahan 127 kes berbanding kelmarin dan kekal daerah dengan jumlah kes yang tertinggi.

“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes-kes harian di Sabah yang merangkumi 1410 kes atau 58 peratus dari jumlah kumulatif hari ini…

“Seramai 1363 orang, atau 56 peratus daripada 2413 kes hari ini merupakan pesakit Kategori 2…tiga (3) orang berada dalam Kategori 4 dan lima (5) orang dalam Kategori 5,” katanya.

Setakat kelmarin, 48.4 peratus (48.4%) penduduk dewasa negeri Sabah telah memperolehi satu dos vaksin dan 24.7 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos.

Satu kluster baharu juga dikesan, ‘Kluster Sungai Pin 2’ di Kinabatangan di mana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mendapati 20 kes aktif sehingga kini.

Berikut merupakan jumlah pecahan kes baharu positif COVID-19 mengikut daerah bagi hari ini berbanding angka kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 594 (467)
Tawau – 348 (255)
Penampang – 177 (135)
Tuaran – 174 (200)
Keningau – 153 (163)
Sandakan – 150 (208)
Lahad Datu – 125 (78)
Sipitang – 82 (35)
Tenom – 82 (61)
Kota Belud – 81 (71)
Papar – 75 (56)
Kalabakan – 47 (8)
Beaufort – 46 (39)
Putatan – 42 (41)
Kinabatangan – 36 (40)
Kota Marudu – 28 (27)
Beluran – 23 (24)
Pitas – 22 (10)
Semporna – 21 (17)
Kunak – 20 (16)
Tongod – 20 (28)
Telupid – 18 (48)
Ranau – 16 (57)
Kudat – 13 (5)
Nabawan – 9 (10)
Kuala Penyu – 6 (0)
Tambunan – 5 (4)