Kanak-Kanak 2 Tahun Yang Hilang Ditemui Lemas

Kanak-Kanak 2 Tahun Yang Hilang Ditemui Lemas

0
SHARE

TAWAU, SABAH – Seorang kanak-kanak dua tahun yang hilang apabila keluar bersama ibunya ditemui lemas di sungai Kampung Kuala Apas sini.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah berkata satu panggilan kecemasan berhubung kehilangan budak lelaki itu dibuat pada pukul 9.11 semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat turut dibantu 50 penduduk kampung dan agensi lain tapi terpaksa ditangguhkan pada 11.36 malam…

“Operasi disambung pada 9.17 pagi hari ini dan anggota bomba debgan menggunakan bot orang kampung berjaya menjumpai mangsa,” katanya.

Mayat mangsa ditemui dalam radius pencarian sekitar 1 km dari kawasan mangsa di percayai hilang pada jam 12.25 tengah hari tadi.

Selepas proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.