KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) cepat menafikan satu suntingan video Buletin TV3 berkaitan kebenaran rentas negeri dan daerah kononnya telah dibenarkan oleh Kerajaan.
Dalam video tersebut terdapat klip Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kemudahan bergerak sekiranya seseorang individu telah lengkap dua dos vaksin dan disijilkan secara khas.
Namun, video tersebut dimuat naik ke laman Youtube Buletin TV3 TIGA (3) bulan yang lalu pada 1 April sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Video yang berdurasi selama seminit itu telah disunting serta disebarkan melalui aplikasi Whatsapp untuk mengelirukan orang ramai…
“Masyarakat disaran untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih,” kata MCMC dalam sebuah kenyatan.