Showcase Infiesta Pentarama Medium Hiburan Berinformasi

Showcase Infiesta Pentarama Medium Hiburan Berinformasi

0
SHARE
Japen
Mizma (depan, tengah) merakam gambar kenangan bersama tetamu VIP dan para hadirin ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

LAHAD DATU, SABAH – Konsert Showcase Infiesta Pentarama Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah memupuk semangat perpaduan selain menjadi medium hiburan berinformasi.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata konsert tersebut bukanlah acara hiburan semata-mata tetapi juga salah satu cara menghebahkan pelbagai maklumat terkini kepada masyarakat yang datang memeriahkan acara.

“Selain itu, ia juga cerminan keindahan konsert Malaysia Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri apabila lapisan masyarakat daripada pelbagai etnik dan budaya berkumpul bersama dalam suasana yang harmoni serta makmur, ” katanya ketika merasmikan konsert tersebut yang dihadiri 1,000 penduduk.

Menurutnya, pelbagai pengisian diadakan antaranya ialah Fit Dance, pertandingan Igal-Igal, sketsa, persembahan kebudayaan, pameran bermaklumat, kuiz kenegaraan dan persembahan nyanyian yang bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Sementara itu, Pengarah JaPen Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata program tersebut menjadi penyampai mesej dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat secara santai.

“Penganjurannya bertujuan meningkatkan jaringan sosial JaPen dalam menyampaikan kempen kerajaan kepada masyarakat secara bersemuka serta ideal berkonsepkan hiburan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mizma menyampaikan sumbangan dua kerusi roda daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Pengerusi JPKK Kg. Silam, Ibrahim Julkabra yang mewakili penerima iaitu Alma Abirin dan Hussin Mariasin.

Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu para penerima melakukan pekerjaan seharian dengan lebih mudah dan meringankan beban ekonomi.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Supian Musa, wakil Pegawai Daerah Lahad Datu, Hadzrul Tahamit, Inspektor Ketenteraman Awam, Ismail Latif mewakili Ketua Polis Daerah Lahad Datu dan PPM N.62 Silam, Harun Batarasa. — JABATAN PENERANGAN SABAH

SHARE
Previous articleNasib Syed Saddiq Bakal Diketahui Esok
Next articlePMR JaPen Sabah Terima Bahan Promosi
Sabah News adalah sebuah medium berita yang menarik yang adil dan kontroversi yang hanya memaparkan berita sebenar dan tular serta bagi tontonan umum.