KOTA KINABALU, SABAH – Tindakan penama Facebook ‘Yati Meow’ memfitnah Ketua Menteri Sabah sebagai ‘Bapa COVID-19’ disifatkan sebagai amat BIADAP dan KURANG AJAR.
“Pihak Polis dan SKMM harus segera menangkap individu ini.”
Menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS), penama Facebook ‘Yati Meow’ telah memuat naik foto menuduh Datuk Seri Hajiji sebagai ‘Bapa COVID-19’ Sabah yang mana kemudiannya telah telah tular di media sosial.

“Kami cukup yakin penama Yati Meow ini adalah penyokong Parti Warisan Sabah,” kata bebas
Tambah BEBAS lagi, sejak Shafie mengeluarkan kenyataan (kelmarin) yang mempertikaikan kes COVID-19 di Sabah meningkat, jentera Parti Warisan dilihat semakin galak untuk memfitnah.

Rakyat Sabah bukan bodoh, malahan fakta jelas menunjukkan punca COVID-19 meningkat sehingga kini di seluruh Malaysia disebabkan Shafie telah membubarkan DUN dan memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah dilakukan.

Kenyataan ‘gila’ oleh Shafie Apdal yang mengarahkan pesakit COVID-19 untuk keluar mengundi pada PRN ke-16 di Sabah…
Sebelum ini, kajian telah dibuat oleh satu kumpulan yang anggotanya di Saw Swee Hock School of Public Health Universiti Kebangsaan Singapura turut mengesahkan punca COVID-19 meningkat naik di Malaysia disebabkan oleh PRN di Sabah.
(https://journals.plos.org/ploscompbiol/article?id=10.1371/journal.pcbi.1008959)
VIDEO wakil rakyat Parti Warisan, Datuk Mohamaddin Ketapi turut mengeluarkan kenyataan bahawa COVID-19 adalah satu PEMBOHONGAN, malahan yakin selepas PRN-16 Sabah tamat kes akan menurun, malangnya kes terus meningkat sehingga kini di Sabah…
Justeru, atas fakta ini Shafie Apdal yang sepatutnya dilabelkan sebagai ‘Bapa Covid Malaysia’ dan bukannya Hajiji atau orang lain.
Pengiktirafan Shafie sebagai ‘Bapa Covid Malaysia’ ini amat perlu kerana fakta jelas menunjukkan kes COVID-19 di Sabah termasuk di seluruh Malaysia tidak pernah menunjukkan trend menurun selepas selesai PRN di Sabah.

Ketika ini Sabah sedang bertungkus lumus menurunkan kes COVID-19 dengan melipat gandakan program vaksinisasi kepada seluruh rakyat Sabah.