Dua Wanita Ditahan Kerana Memukul Dalam Satu Insiden Perselisihan Keluarga

Dua Wanita Ditahan Kerana Memukul Dalam Satu Insiden Perselisihan Keluarga

0
SHARE
Foto: Ihsan PDRM Tawau

TAWAU: Polis daerah ini menahan dua wanita dipercayai suspek pukul seorang lagi wanita yang juga ahli keluarga mereka dalam kejadian di sini, pada Selasa.

Polis Tawau dalam dalam satu kenyataan memaklumkan perselisihan faham antara punca kes pukul sesama keluarga itu berlaku.

“Akibat perselisihan faham, seorang wanita dipukul di bahagian badan oleh dua orang wanita yang juga ahli keluarganya sehingga menyebabkan kesakitan dan kecederaan.

“Mangsa kemudian tampil di balai polis untuk membuat laporan polis berhubung insiden itu.

“Susulan laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau telah mengesan dua suspek wanita tersebut untuk menjalankan siasatan berhubung kes pukul yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Suspek masing-masing berusia 30an merupakan warga tempatan berjaya ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.