KENINGAU, SABAH – Empat rumah jenis tidak kekal di Kg Motou, Jalan Masak sini, musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 8 semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menganggarkan keluasan keseluruhan terjejas sebesar 130×70 kaki.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran 200 kaki dan (3) pancutan sumber air dari jentera serta satu aliran 200 kaki (1) pancutan sumber air terbuka (parit).
“Api berjaya dikawal dari terus merebak dari 13 buah rumah berhampiran,” katanya sumber sambil menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Operasi dilaporkan terkawal pada jam 9 malam dan ditamatkan pada jam 1.47 pagi tadi.





