Ernie Zakri Cipta Sejarah Raih Dua Anugerah Tertinggi ABPBH 37

Ernie Zakri Cipta Sejarah Raih Dua Anugerah Tertinggi ABPBH 37

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ernie Zakri mencipta detik bersejarah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37) apabila diumumkan sebagai Penyanyi Wanita Popular dan seterusnya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, anugerah tertinggi malam tersebut.

Kemenangan berganda itu diakui Ernie sebagai satu kejutan besar, dengan beliau menzahirkan rasa syukur atas sokongan luar biasa peminat dari Malaysia dan Indonesia. 

Dengan jumlah undian mencecah 124 juta, kejayaan ini menjadi bukti kasih sayang padu para Ernienators yang menjadi tulang belakang pencapaiannya.

Tahun 2025 turut menyaksikan Ernie berada di kemuncak kerjaya apabila single Masing Masing meraih pensijilan 3x Platinum di Malaysia dan Indonesia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara vokalis paling berpengaruh di rantau ini.

Universal Music Malaysia menerusi Pengarah Urusannya, Kim Lim, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai pengiktirafan wajar terhadap bakat, dedikasi serta hubungan erat Ernie dengan peminat, selain menegaskan komitmen syarikat untuk terus membawa karya Ernie ke peringkat serantau dan antarabangsa.

Mengakhiri tahun 2025, Ernie bakal tampil dalam Nostalgia NYE Concert di Le Meridien Petaling Jaya pada 31 Disember ini, serta memberi bayangan kemunculan single Hari Raya baharu pada tahun hadapan.