YB DUN Liawan Kaki Rasuah Kini ‘Membontot’ Hajiji — BEBAS

YB DUN Liawan Kaki Rasuah Kini ‘Membontot’ Hajiji — BEBAS

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Nik Mohd Nazri Nik Zawawi, ADUN UMNO Liawan yang sebelum ini terpalit isu rasuah pengundi, kini dilihat ‘membontot’ YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor tanpa sedikit pun rasa malu terhadap serangan yang pernah dilemparkannya sebelum PRN-17.

Sebelum pilihan raya, Nazri antara yang paling lantang menghina dan menyerang Kerajaan GRS, kononnya pentadbiran Hajiji gagal memajukan Sabah. Tetapi sebaik sahaja menang, nada beliau hilang serta-merta, dan kini wajah yang sama menempel rapat kepada Hajiji seolah-olah semua cercaannya dulu tidak pernah berlaku.

Nik Mohd Nazri Nik Zawawi, ADUN UMNO Liawan ketika ini dilihat sering menempel berdekatan Hajiji…

Dua video tular mengaitkan Nazri dengan rasuah pengundi masih belum dijelaskan. Video pertama mendakwa pengundi diarahkan merakam gambar kertas undi untuk mendapatkan baki wang. Jika benar, ia melanggar Seksyen 5, 6 dan 9 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang jelas mengharamkan sogokan dan pengaruh tidak wajar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Video kedua pula mendakwa pemberian wang RM3,000 ketika kempen. Dakwaan ini, jika sahih, boleh disiasat di bawah Seksyen 16 dan 17(a) Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan memberi atau menerima suapan. Namun sehingga kini, Nazri terus diam, tidak menafikan, tidak menyaman, dan tidak membuat laporan polis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kalau beginilah perangai seorang ADUN, hari ini serang, esok menjilat balik, memang tepatlah rakyat kata kemenangan beliau bukan kerana kredibiliti, tetapi kerana “kantung yang bekerja lebih keras daripada prinsip.”

Sikap berdiam diri ini hanya menambahkan syak wasangka rakyat. Jika beliau benar bersih, mengapa tidak tampil menjawab? Mengapa terus bersembunyi di belakang kedudukan sebagai ADUN?

Rakyat juga tidak lupa rekod politik Nazri yang berputar-putar. Pernah masuk Warisan, kemudian diboikot, akhirnya kembali ke UMNO, dan kini pula menempel kepada Hajiji. Corak politik seperti ini hanya menguatkan persepsi bahawa beliau tidak berprinsip dan hanya bergerak mengikut kepentingan.

Tanda sokongan Nik Mohd Nazri Nik Zawawi, ADUN UMNO Liawan ditunjuk melalui gambar ini ketika pernah ingin memasuki parti Warisan Sabah…

Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) mencabar Nazri untuk menyaman BEBAS jika dakwaan itu fitnah. Selagi beliau tidak tampil menjelaskan, selagi itu rakyat berhak meragui cara beliau memenangi kerusi Liawan.

Rakyat Sabah tidak bodoh, mereka tahu membezakan pemimpin berprinsip dengan pemimpin yang hanya pandai menjual maruah demi jawatan.

PENAFIAN:
Artikel ini adalah kiriman Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS). Segala dakwaan dan kenyataan adalah pandangan BEBAS semata-mata dan tidak mencerminkan pendirian, pendapat atau tanggungjawab SabahNews 2.0.
SabahNews 2.0 hanya menyiarkan seperti yang diterima untuk tujuan laporan.