DOLLA Raikan Peminat Setia Menerusi Exclusive Fan Meet di Sunway Pyramid

DOLLA Raikan Peminat Setia Menerusi Exclusive Fan Meet di Sunway Pyramid

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Kumpulan wanita popular DOLLA kembali mendekati peminat menerusi DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada Sabtu lalu (6 Dis) di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid.

Acara intim itu dianjurkan khas bagi menghargai kesetiaan iDOLLA yang terus menyokong kumpulan itu dalam setiap fasa perjalanan mereka.

Sepanjang acara, para peminat berpeluang berinteraksi secara dekat dengan ahli DOLLA, berkongsi cerita serta menyertai aktiviti santai termasuk menghias ahli kumpulan dengan aksesori mini.

Turut ditawarkan ialah jualan barangan eksklusif seperti Baby Tee, Crew Tee, Trading Card Pack dan Light Stick V2 yang diperkenalkan secara rasmi buat pertama kali.

Tabby menyifatkan acara ini sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan iDOLLA, selain platform untuk berkongsi perancangan DOLLA bagi tahun 2026 yang bakal dipenuhi aktiviti termasuk festival antarabangsa, album baharu dan ‘showcase’.

Beliau turut menegaskan komitmen kumpulan itu untuk terus menghasilkan muzik dan kandungan berkualiti.

Angel dan Sabronzo pula menekankan makna besar pertemuan ini dalam mengeratkan hubungan dengan peminat, yang menjadi sumber motivasi utama DOLLA untuk terus melangkah ke hadapan.

Secara keseluruhan, DOLLA Exclusive Fan Meet mencipta kenangan manis buat kumpulan dan peminat, sekali gus menandakan permulaan bab baharu menjelang 2026 dengan semangat dan sokongan padu komuniti iDOLLA.