KOTA KINABALU, SABAH – Polis Komersil mengklasifikasi satu siasatan melibatkan kad kredit dan transaksi pembelian atas talian (online) di sini tahun lalu sebagai ‘kes tipu’.
Mangsa merupakan seorang wanita, 33 tahun, yang pada 1 Disember telah membuat laporan polis bagi menafikan transaksi pembelian berjumlah RM 14,580.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Sabah, Supt Moses Govindarajoo berkata rekod dakwaan kerugian mangsa adalah melalui enam transaksi pembelian atas talian menggunakan kad kredit tersebut.
“Mangsa berketurunan Tionghua berkenaan membuat laporan polis untuk mendapatkan semakan lanjut dengan pihak bank…
“Ianya bagi lebih mengetahui transaksi tersebut berhubung salah satu platform e-dagang yang terlibat,” katanya.