Ewon Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Phoong Jin Zhe

Ewon Hadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Phoong Jin Zhe

0
SHARE
Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) Menteri Pembangunan Perindustrian Phoong Jin Zhe ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina (CNY) Menteri Pembangunan Perindustrian Phoong Jin Zhe, di Dewan SM Tinggi Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew, Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau dan Adun Kapayan Jannie Lasimbang.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri berkata, kehadiran pemimpin dan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama jelas membuktikan kesatuan dan perpaduan di antara masyarakat berbilang kaum masih kukuh.

Selepas itu beliau meneruskan program mengunjungi rumah-rumah terbuka Tahun Baru Cina masyarakat Penampang di Kampung Mahansung Sugud dan Kampung Kolopis.