Fahmi Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sulung

Fahmi Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sulung

0
SHARE
Fahmi
Ketibaan Fahmi (empat dari kiri) disambut oleh Arifin (tiga dari kanan) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan kerja sulung selama empat hari ke Sabah.

Beliau yang tiba di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 8.40 malam diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Ketibaan Fahmi disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Komunikasi dan Digital Sabah, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor dan Pengarah Penyiaran Sabah, Salmah Hashim.

Esok, Fahmi dijadual menghadiri beberapa program di sekitar Kota Kinabalu antaranya Jelajah Anti-Scam Peringkat Negeri Sabah, program Kita MADANI anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sabah di Kg. Kobuni, Inanam dan Penyerahan Bantuan Kasih@HAWANA.

Hari berikutnya, beliau ke daerah Ranau bagi lawatan kerja ke tapak projek PoC Pemasangan Starlink, Hari Bersama Komuniti PEDi dan kembali ke Kota Kinabalu bagi Majlis Perasmian Point of Presence (PoP).

Pada hari terakhir, Fahmi dijadual menghadiri beberapa program tertutup bersama warga Kementerian KKD Sabah sebelum berlepas kembali ke Kuala Lumpur. — JABATAN PENERANGAN SABAH