BAYAN LEPAS – Seorang ditahan kerana memaki anggota polis yang mengeluarkan saman terhadapnya di susur masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pualu Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, malam tadi.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku lebih kurang 10 malam itu, suspek yang berusia 33 tahun ditahan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta miliknya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, sebaik saman diserahkan suspek secara tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis yang bertugas.
“Anggota polis terbabit sudah beberapa kali menasihati suspek supaya tidak memaki mereka namun wanita berkenaan tetap berdegil.
“Berikutan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut kerana menghalang tugas polis,” katanya.
Antara kata-kata makian yang dikeluarkan suspek ialah “hangpa semua tahan sebab nak makan rasuah”,
“kalau u nak RM20 atau RM50 saya boleh bagi,
saman ni saya akan haramkan” dan
“hangpa semua kaki buli”.