PAPAR, SABAH – Stor farmasi Hospital Papar musah sepenuhnya dalam kebakaran pada jam 7 malam Isnin semalam.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata struktur jenis kekal terbabit berkeluasan 50×25 kaki.
“Makmal kajian terletak bersebelahan hanya terkena bahangan,” kata seorang jurucakap agensi.
Sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar sampai ke lokasi dalam masa minit selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.02 malam.
“Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba terdekat.
“Pasukan Emergency Response Team Hospital Papar menggunakan tiga aliran hose reel dari bangunan hospital untuk membuat pemadaman awal di lokasi.
“Pasukan HAZMAT JBPM Sabah juga telah membuat pemeriksaan di lokasi kebakaran dan tiada sebarang keberbahayaan yang melibatkan bahan kimia, radioaktif dan gas beracun.
“Tiada mangsa dilaporkan yang terlibat,” katanya sambil menambah operasi turut dibantu lima anggota BBP Kimanis.
Pada 15 Oktober bulan lalu, hospital sama turut dinaiki air selepas cuaca hujan lebat berlangsung sehingga awal malam.
Pasukan bomba turut ke lokasi untuk pemantauan namun mendapati keadaan masih selamat.






