Floyd Mayweather Tumbangkan Conor McGregor Secara TKO!!!

Floyd Mayweather Tumbangkan Conor McGregor Secara TKO!!!

0
SHARE

Floyd Mayweather Tumbangkan Conor McGregor Secara TKO!!! 

Peninju Floyd Mayweather Jr., yang sudah hampir sedekad dalam arena tinju ini telah melengkapkan kerjaya yang lebih cemerlang selepas mudah mengalahkan seorang Juara U.F.C., yang juga pendatang baru dalam arena tinju iaitu Conor McGregor pada malam Sabtu baru-baru ini.

Memetik kenyataan portal akhbar online New York Times, dalam pusingan ke-10 pertarungan yang mengejutkan, Mayweather membawa McGregor ke sudut tali gelanggang dengan beberapa siri tumbukan kanan dan kiri sehingga wajah McGregor mengalami sedikit cedera. Mcgregor yang hampir terjatuh akibat serangan Mayweather memaksa pengadil menghentikan perlawanan dengan kemenangan secara ‘Technical Knockout – TKO’ menjadi milik Mayweather dengan berbaki masa 1:55 di pusingan itu.

“Saya memberi peminat apa yang mereka mahu lihat,” kata Mayweather selepas perlawanan. “Saya memberitahu mereka bahawa saya berhutang pada perlawanan lepas bersama Pacquiao. Saya mesti datang terus dan memberi mereka pertunjukan.”

Sumber Foto; Reuters

Kemenangan itu menaikkan rekod Mayweather menjadi 50-0, dan telah meletakkan dirinya sebagai peninju lagenda yang akan dikenang selamanya serta beliau turut mengucapkan selamat tinggal dalam karier tinjunya. Ia juga membuktikan dan menutup percakapan orang ramai bahawa perlawanan ini tidak lebih kepada pameran dan hanya bertujuan menghasilkan wang.

Sebelum perlawanan, Mayweather berkata perlawanan itu tidak akan pergi jauh, dan dia telah kotakan janji itu.

Menurut laporan Reuters, sewaktu perlawanan berlangsung, McGregor membuat beberapa pukulan sentuhan tetapi tiada cukup kuat dan pejal untuk melawan keseluruhannya. Dan memandangkan Perlawanan U.F.C. yang biasa disertainya jauh lebih pendek daripada pertandingan tinju, stamina McGregor dipersoalkan. Dia sepatutnya bertahan hingga ke pusingan akhir kerana Mayweather membuat kerja mudah kepadanya.

Walaupun McGregor adalah salah satu bintang terbesar dalam seni mempertahankan diri campuran, dia tidak mempunyai pengalaman pertandingan tinju profesional sebelum ini sejak remaja lagi.

Berikut adalah kronologi Mayweather mengalahkan McGregor:

Pusingan pertama:

McGregor tampil keluar dengan mengetepikan Mayweather ke tali. Mayweather kelihatan berpuas hati dengan melihat kemampuan menumbuk yang McGregor lakukan.

Pusingan ini memperlihatkan Mayweather kurang menumbuk dan hanya lebih kepada pemerhatian terhadap corak tinju yang ditonjolkan oleh Mcgregor.

Pusingan Kedua:

Pengadil memberi amaran kepada McGregor kerana memukul Mayweather pada bahagian belakang kepala. McGregor aktif melompat ke atas dan menunjukkan sedikit pelik dalam arena tinju ini.

McGregor bermula dengan baik dengan melakukan beberapa serangan tepat terhadap Mayweather tetapi tidak kuat dan padu. Para penonton teruja dan bersorak gembira apabila sentuhan-sentuhan tumbukan daripada McGregor kena dengan Mayweather.

Sumber Foto; Reuters

Pusingan Ketiga: 

Apabila McGregor mendekatinya, dia kelihatan seperti memukul-mukul Mayweather di atas kepala Mayweather. Ini menyebabkan pengadil telah memberikan kerap kali amaran kepada McGregor.

Kelihatan di pusingan ini, Mayweather seolah-olah berfikir untuk mendekati McGregor dengan beberapa siri serangan tumbukan. Setakat pusingan ini, McGregor juga telah memenangi pusingan sebelumnya. Ini disebabkan McGregor begitu teruja membuat serangan kepada Mayweather tetapi serangan tersebut tidak padu walapun ia mengenai Mayweather.

Sumber Foto; Reuters

Pusingan ini memperlihatkan stamina McGregor makin berkurangan.

Pusingan Keempat: 

Pada permulaan pusingan ini, Mayweather kembali ke gelanggang dan menutup segala serangan yang dilakukan oleh McGregor.

Walaupun pada pusingan ini Mayweather mula membuat serangan dan kena pada badan McGregor. Serangan balas tetap diberikan McGregor sehingga Mayweather tersungkur selepas satu tumbukan kuat daripada tangan kanan McGregor.

Para penonton dan hakim mulai teruja dan bersorak kuat pada pusingan ini.

Pusingan Kelima: 

McGregor nampaknya lebih banyak mengetuk dan mengetuk pada Mayweather daripada membuang pukulan padu.

Di akhir pusingan ini, Mayweather mula bercakap dengan McGregor sebagai tanda provokasi dan juga mungkin amaran. Dia mula menyerang daripada membuat pertahanan selepas kerap memberi tumbukan pantas terlebih dahulu dengan gerakan tangan kanan dan kiri.

Dapat didengari, McGregor nampaknya bernafas dengan deras pada pusingan ini seperti kehilangan banyak stamina yang telah digunakan sebelum ini.

Pusingan Keenam: 

Mayweather mula mengatur gerakan menyerang tetapi tetap tidak lupa kepada strategi pertahanan terhadap sebarang serangan lemah daripada McGregor.

Kelihatan McGregor sangat letih dengan siri tumbukan serangan yang lemah dilepaskan kepada Mayweather.

Peminat McGregor mulakan nyanyikan lagu-lagu “Conor” sebagai menaikkan semangat juang berlawan pada perlawanan di pusingan ini, tetapi kelihatannya usaha itu kurang bermakna.

Pusingan Ketujuh:

Mayweather mula melepaskan serangan tumbukannya yang kuat dan padu pada McGregor. Dia mendekati ke hadapan McGregor dengan tumbukan yang pantas dan kuat sehingga setiap serangan daripada McGregor dapat dielakkannya dengan begitu pantas.

Tindakan pantas dan penuh berstamina daripada Mayweather sangat stabil walaupun usia pada 40 tahun.

Tahap keletihannya McGregor pada pusingan ini sangat merosot dan kritikal.

Pusingan Kelapan:

Pusingan ini menunjukkan McGregor banyak membuat serangan di atas kepala Mayweather dan pengadil nampaknya enggan membuat sebarang tindakan mahupun amaran.

Ini menyebabkan Mayweather kesal dan kecewa dengan pengadil perlawanan tetapi tidak menghalangnya untuk terus membuat serangan tumbukan yang pantas dan kuat dengan menggunakan tangan kanan sehinggan McGregor jatuh dipusingan ini.

Walaupun McGregor cuba bangun ingin melawan serta membuat serangan ianya tetap tidak berhasil kepada Mayweather.

Pusingan Kesembilan:

McGregor masuk ke gelanggang dengan sedikit baki stamina membuat satu tumbukan mengena ke arah pinggang Mayweather menyebabkan ada sedikit luka berlaku.

Sumber Foto; Reuters

Ini membuatkan Mayweather berang dengan melakukan segala serangan pantas dan tumbukan kuat ke atas McGregor sehingga ia tersandar pada tali gelanggang dengan mulut terbuka akibat pukulan-pukulan Mayweather.

McGregor diambang kehilangan hampir keseluruhan staminya pada psuingan ini untuk bertahan daripada serangan-serangan Mayweather.