Gempa Bumi 3.0 Skala Richter Di Sapulut, Sabah

Gempa Bumi 3.0 Skala Richter Di Sapulut, Sabah

0
SHARE

KENINGAU – Satu gempa bumi Lemah bermagnitud 3.0 pada skala Richter telah berlaku di Sapulut, Sabah pada 6:13 petang khamis.

Pusat gempa bumi terletak di 4.8 Utara dan 116.6 Timur pada kedalaman 35KM berpusat di Sapulut.

Gegaran dirasai di sekitar Sapulut.

Terdahulu pada 3 OGOS lalu gempa bumi Lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter telah berlaku di Keningau sekitar 11:44 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.