‘Pelukan Angkasa’ SOG X Shila Amzah Dinobat Sebagai Juara AJL36

‘Pelukan Angkasa’ SOG X Shila Amzah Dinobat Sebagai Juara AJL36

0
SHARE
Anugerah Juara Lagu ke-36 pada malam tadi menyaksikan lagu 'Pelukan Angkasa' dinyanyikan oleh SOG dan Shila Amzah berjaya merangkul gelaran juara AJL36...

KUALA LUMPUR – Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin yang dipersembahkan kumpulan SOG dan Shila Amzah dinobatkan sebagai JUARA Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 malam tadi.

SOG dan Shila membawa pulang trofi AJL bersalut emas yang kali pertama diperkenalkan serta wang tunai RM100,000.

Naib juara menjadi milik mutlak lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim yang dinyanyikan Marsha Milan. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Lagu ‘Cinta’ nyanyian Marsha Milan berjaya merangkul gelaran tempat kedua…

Selain trofi naib juara, lagu Cinta diumum pemenang kategori Persembahan Terbaik dengan hadiah trofi, wang tunai RM18,000 serta ganjaran sumbangan penaja, NOIR Beauty Essence.

Lagu Mimpi ciptaan Haqiem Rusli dan Datuk A Aida diumum pemenang tempat ketiga. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM30,000.

Tempat ketiga pula disandang oleh Haqiem Rusli menerusi lagu Mimpi. Lagu ciptaan penyanyi ini sendiri bersama Dato’ A. Aida…

Sementara itu, keampuhan vokal Aina Abdul ketika mendendangkan lagu ciptaan sendiri, Sepi melayakkan dirinya meraih trofi Vokal Terbaik. Aina menerima trofi dan dan wang tunai RM12,000.

Aina Abdul dinobatkan sebagai Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36…

Tambah manis, Aina berkongsi kemenangan bersama Khai Bahar menerusi lagu duet Nafas Cinta. Mereka diumumkan pemenang kategori Anugerah Penyanyi Popular AJL tajaan jenama telefon bimbit OPPO. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000.

Lagu lain yang turut memberikan persaingan pada AJL36 adalah Boneka dendangan Ernie Zakri; Purnama (Naim Daniel); Intan Payung (Bunga dan Noraniza Idris); Salahku (Yonnyboii); AEWO (Shiha Zikir dan Noki); Lara (Haqiem, Naim Daniel dan Hael Husaini) dan Angkara (Siti Nordiana).

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional diketuai Datuk Mokhzani. Juri lain adalah Datuk Habsah Hassan, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Altimet dan Faizal Tahir.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah 85 peratus (85%) iadili terlebih awal iaitu daripada segi melodi, lirik, vokal, produksi dan susunan dalam rakaman.

Baki 15 peratus (15%) adalah melalui persembahan dan vokal termasuk susunan muzik secara langsung pada malam kemuncak.

Acara yang cukup berprestij ini telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi yang mana telah dikendalikan baik oleh dua pengacara cukup berbakat iaitu Alif Satar dan Nabila Huda.

Karpet Merah AJL36 pula dihoskan Sissy Imann dan Sean Lee yang disiarkan TV9 dan YouTube TV3 Malaysia.