KUNAK, SABAH – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 telah dirasai penduduk daerah ini pada pukul 11:10 malam semalam (Rabu).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata pusat gempa bumi tersebut terletak 13km Barat Daya dari Kunak dengan kedalaman 10 km.
“Gegaran dirasai di sekitar Kunak…
“Jabatan akan terus memantau keadaan ini,” kata sumber itu dalam kenyataan ringkas tengah malam tadi.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata belum ada panggilan kecemasan berkaitan gempa bumi setakat ini.
Katanya, anggota bomba di BBP Kunak juga turut merasai gegaran itu semalam dan membuatkan mereka berjaga-jaga.
“Kita akan menjalankan rondaan di kawasan pekan dan sasaran utama adalah bangunan-bangunan yang tinggi,” katanya.